INFO UNIT

 

Pengenalan 

Unit Perhubungan dan Komunikasi Korporat diwujudkan bagi mendukung visi dan misi Politeknik Sultan Idris Shah untuk memberikan perkhidmatan dengan professional, cekap dan menerapkan nilai-nilai budaya kerja yang berintegriti. UPKK bertanggungjawab menyedia dan menyebarkan informasi yang tepat dan terkini kepada pelanggan melalui medium yang bersesuaian. Selain itu UPKK bertindak sebagai penghubung antara pihak PSIS dengan pelanggan dan menguruskan maklumbalas pelanggan yang diterima. 

Fungsi Unit

1. Menerima dan menguruskan maklumbalas yang diterima daripada pelanggan dalam bentuk aduan, pertanyaan, cadangan penambahbaikan dan penghargaan
2. Merancang dan melaksanakan kajiselidik terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan oleh PSIS untuk mendapatkan tahap indeks kepuasan pelanggan dalam tahun semasa
3. Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan PSIS melalui medium hebahan yang bersesuaian
4. Menerima dan menguruskan panggilan telefon masuk dan keluar daripada PSIS dan pihak pelanggan
5. Menjadi medium perantara PSIS dengan sektor kerajaan, sektor swasta, orang awam dan media 

Media Sosial Rasmi PSIS

 Laman Web Rasmi PSIS
Politeknik Sultan Idris Shah
PSIS : Photos & Videos
Politekniksultanidrisshah
twitpsis
Politeknik Sultan Idris Shah

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

1. Perkhidmatan kaunter di Kaunter Informasi PSIS
2. Menerima dan menguruskan maklumbalas pelanggan dalam bentuk aduan, pertanyaan, cadangan penambahbahbaikan dan penghargaan
3. Menerima dan menguruskan perkhidmatan telefon di Kaunter Informasi
4. Menguruskan bahan-bahan promosi dan hebahan untuk dimuatnaik ke media sosial atau info Tv
5. Menguruskan permohonan cenderahati PSIS kepada pihak luar
6. Menyemak maklumat dan bahan-bahan hebahan sebelum dicetak atau disebarkan agar tepat dan terkini 

 

CARTA ORGANISASI