INFO UNIT

PENGENALAN
Unit Pengantarabangsaan Politeknik Sultan Idris Shah  ditubuhkan bagi menyelaras inisiatif untuk memperkenalkan PSIS kepada peringkat serantau dan antarabangsa.

Unit ini menjalankan fungsi berdasarkan kepada enam strategi utama Dasar Pengantarabangsaan Politeknik Malaysia yang telah berkuatkuasa pada 15 Mei 2014.

Strategi pelaksanaan tersebut digariskan untuk digunapakai oleh pegawai, pensyarah dan politeknik dalam mewujudkan keseragaman bagi pengendalian segala urusan yang berkaitan aktiviti dan program antarabangsa yang dijalankan oleh jabatan dan institusi.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

ENAM STRATEGI UTAMA DASAR PENGANTARABANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA

BIL

Strategi Utama

Butiran

1

Kerjasama Antarabangsa 

Perkongsian pintar institusi dengan/ melalui :

·         badan penyelidikan TVET luar negara (niche areas)

·         program kerjasama dengan institusi luar negara

·         program latihan & pembangunan  kerjaya (TVET) luar negara

·         aktiviti pembangunan dan penyelidikan luar negara

·         program pertukaran staf dan pelajar (inbound / outbound)

2

Persekitaran Pembelajaran Tanpa Sempadan 

Pembangunan persekitaran pembelajaran tanpa sempadan seperti :

·         aktiviti secara  dalam talian bagi penandarasan program pengajian (piawaian antarabangsa)

·         Penyertaan/ penganjuran  aktiviti peringkat antarabangsa

*seminar/persidangan/penerokaan / perkongsian sumber / ilmu pengetahuan / pengalaman/ bahan pengajaran & pembelajaran

3

Akses kepada Pelajar Antarabangsa

Melalui kolaborasi antarabangsa Kumpulan Kerja Bersama (JWG) atau hubungan antara kerajaan (G to G)  sedia ada :

·         Program sepenuh masa

·         Pembelajaran sepanjang hayat

4

Pengiktirafan Antarabangsa

Penarafan , pengakreditasi program / institusi , penilaian sistem jaminan kualiti

Kepakaran institusi – pelantikan / jemputan kolaborasi

5

Artikulasi Program 

Pemetaan kurikulum, pindahan dan pengecualian kredit mengikut program melalui kerjasama dengan institusi  luar negara

6

Perspektif Antarabangsa

Penyertaan pertandingan dan pembentangan di peringkat antarabangsa , pembangunan penyelidikan dan inovasi serta pengenalan bahasa asing melalui program silang budaya dalam kalangan pensyarah dan pelajar. 

 

TAKWIM PENGANTARABANGSAAN TAHUN 2023



 

CARTA ORGANISASI