INFO PUSPANITA

Pengenalan 

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau singkatannya PUSPANITA merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh agensi kerajaan khusus untuk staf wanita dan bertujuan untuk merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan. PUSPANITA Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Politeknik  (JPP) telah beroperasi sejak penubuhan PSIS iaitu pada tahun 2005. PUSPANITA ditubuhkan bertujuan untuk memberi ruang kepada staf wanita untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti dan menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus yang diadakan untuk faedah para ahlinya. Diterajui oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr Mazura binti Mansor. Kini, PUSPANITA PSIS cawangan kecil JPP ini sedang menyusun langkah untuk menyumbang ke arah kelestarian kakitangan anggota wanita supaya mampu berdaya saing demi mengukuhkan ukhwah sesama anggota dan meningkatkan kerja berpasukan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. 

Visi
PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif

Misi
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA

Moto
"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

Keahlian
Sehingga Januari 2020, jumlah keahlian PUSPANITA PSIS adalah seramai 210 orang 



Logo Rasmi PUSPANITA 

  1. Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
  2. Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
  3. Bunga Padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.
  4. Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
  5. P dan Pa lambang kewanitaan.
  6. Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
  7. Warna Ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli. TAFSIRAN NAMA PUSPANITA Suri bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Anggota Wanita bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan. Perkhidmatan Awam bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.

Blog Rasmi PUSPANITA PSIS

Facebook Rasmi PUSPANITA PSIS

PENGURUSAN PUSPANITA

AKTIVITI PUSPANITA