INFO UNIT

 

Pengenalan 

Unit Peperiksaan, Politeknik Sultan Idris Shah atau singkatannya UPEP terletak di Blok A, Bangunan Pentadbiran berhampiran dengan Dewan Syarahan Utama, Politeknik Sultan Idris Shah. 

Unit Peperiksaan adalah salah satu unit dalam carta organisasi Politeknik Sultan Idris Shah di bawah seliaan Timbalan Pengarah Akademik yang bertanggungjawab terhadap proses penilaian dan keputusan peperiksaan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.

Visi 

Menjadi unit pentaksiran yang menjana pentaksiran jitu dan telus bagi mengukur potensi pelajar secara holistik selaras dengan Visi Politeknik Sultan Idris Shah untuk Menjadi Peneraju Institusi TVET yang Unggul.

Misi

Menyelaras, melaksana dan mewujudkan suatu sistem pengukuran dan penilaian yang bermutu bagi melahirkan modal insan yang berwibawa, berdaya maju dan versatil sejajar dengan Misi Politeknik Sultan Idris Shah.

Maklumat lanjut boleh hubungi: 

Unit Peperiksaan, Politeknik Sultan Idris Shah boleh dihubungi seperti maklumat berikut:

Pengarah,
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 45100 Sungai Ayer Tawar,
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Unit Peperiksaan)
Tel: 03-32806200
Faks: 03-32806400
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Melaksanakan ketetapan Takwim Aktiviti Peperiksaan oleh Bahagian Pentaksiran dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Merancang dan menyelaras semua aktiviti berkaitan peperiksaan di Politeknik Sultan Idris Shah.
  • Menyelaras rekod markah penilaian dan pentaksiran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
  • Mengumumkan keputusan peperiksaan dan penilaian pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
  • Menguruskan transkrip pengajian serta penganugerahan sijil diploma lulusan Politeknik Sultan Idris Shah.

 

 

CARTA ORGANISASI