INFO UNIT

 

Pengenalan 

Unit e-Pembelajaran merupakan salah satu unit yang diletakkan dibawah penyeliaan Timbalan Pengarah Akademik. Unit ini bertanggungjawab dalam menyelaras semua aktiviti e-pembelajaran di PSIS. e-pembelajaran merupakan satu kaedah memudahcara penyampaian pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang dikendalikan secara atas talian dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Dasar e-pembelajaran Politeknik telah diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik(JPP) pada November 2012 dan mula dikuatkuasa perlaksanaan pada sesi Disember 2012. Dasar ini telah menggariskan ketetapan kepada pemimpin akademik, staf akademik dan staf sokongan terhadap pelaksanaan e-pembelajaran sebagai pendekatan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) teradun yang berkualiti, fleksibel dan kolaboratif.

Maklumat lanjut boleh hubungi: 

Muhammad Syafiq B. Abdul Ghafar
Ketua Unit Pembelajaran Digital
Politeknik Sultan Idris Shah

e-Mail
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Youtube Channel: PSIS E-Learning

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Mewujudkan Jawatankuasa e-pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan memantau perlaksanaan e-pembelajaran di kalangan staf dan pelajar politeknik.
  • Mewujudkan jawatankuasa kerja e-pembelajaran diperingkat jabatan.
  • Menyelaras program latihan untuk staf akademik bagi membangunkan kandungan e -pembelajaran yang berkesan.
  • Merancang dan melaksanakan program bagi menambah minat pensyarah melaksanakan e-pembelajaran dengan menggunakan platform CIDOS 

 

CARTA ORGANISASI