INFO CISEC

 

Pengenalan 

Corporate, Industrial Services and Employability Center (CISEC) Politeknik Sultan Idris Shah telah ditubuhkan secara rasmi di bawah seliaan Timbalan Pengarah Akademik (TPA). CISEC ditubuhkan sebagai pengantara dengan pihak industri, di samping menyelaras program pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan yang bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik.

Tujuan CISEC

Memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan kolaborasi industri dan komuniti serta kebolehpasaran graduan.

Maklumat lanjut boleh hubungi: 

Ketua CISEC
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang, 41500 Sungai Air Tawar
Selangor Darul Ehsan
Tel.: +603-32806200 ext 6260 | Fax.: +603-32806400

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

 

  1. Memastikan Politeknik Sultan Idris Shah mencapai:
    1. Peratus kebolehpasaran graduan pada tahun konvokesyen; dan
    2. Peratus graduan yang bekerja dalam bidang pengajian atau yang setara dengan kelayakan industri.
  2. Memudahcara jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri.
  3. Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan.
  4. Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan Politeknik Sultan Idris Shah.
  5. Meningkatkan kadar bekerja graduan Politeknik Sultan Idris Shah.
  6. Menyediakan khidmat nasihat kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.
  7. Melaksanakan program-program yang dirancang oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti dan Politeknik bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan seperti Program  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti, Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (IAC) dan sebagainya.
  8. Memudah cara program pembelajaran bagi Kursus Secara Sambilan, Program PSH/PISH dan Signature Program.

 

CARTA ORGANISASI

 

**Kik pada gambar untuk muat turun