INFO JABATAN

 

Pengenalan

Jabatan Perdagangan, merupakan salah satu daripada lima (5) Jabatan Akademik di Politeknik Sultan Idris Shah yang telah beroperasi pada Januari 2004. Pada permulaannya, terdapat dua (2) program yang ditawarkan iaitu Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) dan Sijil Pemprosesan Data (SMD).             

Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) telah ditawarkan pada tahun 2009 untuk menggantikan program SMD.  Kini, Jabatan Perdagangan yang diterajui dan dipimpin oleh Puan Zanita binti Ismail serta dibantu oleh 33 tenaga pengajar yang mempunyai bidang yang berkelayakan untuk mendidik para pelajar mengikut program yang ditawarkan di Politeknik Sultan Idris Shah

Dua program yang ditawarkan iaitu Diploma Sains dan Kesetiausahaan (DSK) serta Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) masing-masing melibatkan jangka masa pengajian selama 6 semester atau 3 tahun, di mana latihan industri dilaksanakan pada semester akhir setelah pelajar melepasi jam kredit yang dikehendaki.

Seiring dengan perubahan dan peredaran semasa, Jabatan Perdagangan sentiasa mengorak langkah ke arah pencapaian yang lebih baik antaranya menghasilkan para pelajar yang berjaya dalam bidang keusahawanan dan menjadi pemilik kepada pelbagai jenis perniagaan, penglibatan dalam kajian dan inovasi dan dipertandingkan di pelbagai peringkat dengan membawa pulang pengiktirafan (pingat) Emas, Perak dan Gangsa, menyertai aktiviti sukan sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Taekwando, Silat, Gusti Lengan, atau Catur, pertandingan kemahiran setiap tahun dan mencapai keputusan yang membanggakan seperti Anugerah Jari Emas, Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dan juga turut menempatkan nama jabatan di dalam Malaysia Book of Records bagi pencapaian tertinggi bagi kursus kemahiran jabatan iaitu Trengkas.

Cabaran bagi Jabatan Perdagangan bukan sahaja untuk meraih lebih banyak pencapaian dan meluaskan penglibatan pelajar, namun juga dalam mengekalkan nama baik dan prestasi sedia ada.  Semoga Jabatan Perdagangan sentiasa maju jaya di masa hadapan!

Kemudahan dan Fasiliti

Kemudahan yang terdapat di Jabatan Perdagangan adalah sebuah pejabat yang menempatkan Bilik Ketua Jabatan, Bilik Ketua Program DIB, Bilik Ketua Program DSK, bilik mesyuarat dan bilik aset. 

Lokasi Pejabat Utama Jabatan Perdagangan terletak di Blok G Aras 4

Kemudahan yang terdapat di Jabatan Perdagangan antaranya:

  1. Makmal Menaip Elektronik (Blok G Aras 4)
  2. Makmal Simulasi Pejabat (Blok G Aras 4)
  3. Makmal Kesetiausahaan (Blok G Aras 3)
  4. Makmal Perakaunan (Blok G Aras 3)
  5. CADD 3 (Blok G Aras 4)
  6. Panggung Syarahan 3
  7. 15 bilik kuliah

Logo Jabatan

PROGRAM PENGAJIAN

 

Jabatan Perdagangan menawarkan dua(2) program Diploma iaitu:

Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB)
Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)

 

CARTA ORGANISASI