INFO JABATAN

 

Pengenalan 

Jabatan Pengajian Am merupakan salah satu jabatan sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan induk dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Jabatan ini mempunyai seramai 26 kakitangan tetap yang terdiri daripada 12 orang pensyarah Pendidikan Islam dan 14 orang pensyarah Bahasa Inggeris.

 

Unit Pengajian Islam

Unit Pengajian Islam yang diketuai oleh Encik Mohammad Izzuddin Hilmi bin Mohamad Zaini bertanggungjawab dalam semua kursus

keagamaan seperti Bahasa Arab, Pengajian Islam, dan Pengurusan dalam Islam. Pelajar semester satu diwajibkan mengambil kursus Penghayatan, Etika dan Peradaban. Manakala bagai semester dua, pelajar Islam diwajibkan mengambil kursus berkaitan pengajian Islam seperti Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. Manakala pelajar bukan Islam diwajibkan mengambil kursus Nilai Masyarakat Malaysia dan Pendidikan Moral.

Unit ini juga aktif dalam menganjurkan program-program kerohanian dan kebajikan seperti lawatan akademik, program pengurusan jenazah dan seminar jauhi zina dan minggu kesenian Islam untuk pelajar dan kakitangan PSIS. Selain itu, unit ini juga terlibat dalam program-program yang bersifat kebajikan untuk masyarakat sekeliling.

 

Unit Bahasa Inggeris

Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam subjek Bahasa Inggeris sepenuhnya di Politeknik Sultan Idris Shah. Unit ini diketuai oleh Encik Zuraimi bin Mohd Zuber sebagai Ketua Kursus Bahasa Inggeris. Dari semasa ke semasa, unit ini sentiasa menganjurkan kursus-kursus untuk para pelajar dari semua jabatan dan juga menganjurkan pertandingan seperti debat dan program seperti English Week khas untuk para pelajar bagi meningkatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris disamping menekan kepentingan terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Disamping itu juga, unit ini turut menjalankan pendaftaran peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk para pelajar dan turut bertanggungjawab untuk menyediakan pusat peperiksaan tersebut.

Jabatan Pengajian Am boleh dihubungi melalui:

JPA1
Ext: 6304

JPA2
Ext: 6305

Ketua Jabatan
Encik Muhammad Zan Bin Sailan
Ext: 6300

Ketua Unit Bahasa Inggeris
Encik Zuraimi bin Mohd Zuber
Ext: 6301

Ketua Unit Pengajian Islam
Encik Mohammad Izzudin bin Moahamad Zaini 
Ext: 6302 

 

PROGRAM PENGAJIAN

 

Jabatan Pengajian Am menawarkan kursus-kursus seperti berikut: 

  UNIT PENDIDIKAN ISLAM

 

No.

Kod Kursus

Nama Kursus

Semester

 1.

    MPU21072

  Penghayatan Etika dan Peradaban

1

 2

  MPU 23052

  Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Islam

2

 3.

  MPU 23072

  Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam

2

 4.

  MPU 23012

  Pengajian Islam (DIB/DSK)

2

 5. 

  MPU 23032

  Pengajian Islam (DDT)

2

 6.

  MPU 23142

  Pendidikan Moral

4

 7.

  MPU 23042

  Nilai Masyarakat Malaysia

2

 8.

  DUF 10012

  Bahasa Arab 1

1

 9.

  DUF 10072

  Arabic for Muamalat

2

10.

  MPU 22042

  Bahasa Kebangsaan A

1-5

11.

  DPD 10053

  Islamic Theology

1

 

  

UNIT BAHASA INGGERIS

No.

Kod Kursus

Nama Kursus

Semester

 1.

  DUE10112

  Communicative English 1

1

 2.

  DUE30022

  Communicative English 2 (New Syllabus)

3

 3.

  DUE50032

  Communicative English 3 (New Syllabus)

4

 4.

  MPU22153

  English for Digital Technology

1

 

 

CARTA ORGANISASI