INFO JABATAN

 

Pengenalan

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) merupakan salah satu daripada jabatan akademik induk di PSIS dan telah memulakan operasinya bermula tahun 2003. Dalam usaha yang berterusan bagi memastikan kesinambungan kemajuan industri pelancongan dan hospitaliti negara, melalui program Latihan dan Pengajian Teknikal dan Vokasional (TVET), yang diterajui oleh Politeknik Malaysia khususnya, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PSIS, sentiasa komited untuk menaiktaraf kursus dan program yang ditawarkan. Penganugerahan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), telah berjaya diperolehi bagi mengiktiraf kedua-dua program yang mampu memenuhi keperluan industri di dalam negara.

Sehubungan dengan itu, jaringan kolaborasi di antara pihak Jabatan  dengan pihak industri, sentiasa dilakukan bagi mengenalpasti keperluan industri terkini (teknologi, SOP, dan lain-lain) yang boleh dikongsi malah diadaptasikan mengikut kesuaian sesuatu operasi sebagai pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, persiapan pelajar untuk mengharungi dunia karier, dicakna selia oleh pihak Jabatan melalui penekanan latihan praktikal dan teori yang menjurus bukan sahaja kepada penguasaan teknikal, malah pembinaan keyakinan diri.

Fungsi Jabatan

Memacu kebolehpasaran pelajar bagi perkembangan kerjaya mengikut bidang dan keperluan industri dengan merapikan kemahiran teknikal iaitu kebolehan mengurus operasi, persiapan  daya tahan fizikal dan mental yang mapan bersesuaian dengan suasana pekerjaan dan mampu berkomunikasi dengan efektif.

Kemudahan dan Fasiliti di Jabatan

  1. Surau lelaki dan perempuan
  2. Dapur Latihan A dan B
  3. Restoran Latihan
  4. Cemara Café’
  5. Ungu Violet Café’
  6. Stor penyimpanan bahan makanan kering dan basah
  7. Dataran Aktiviti Pelajar
  8. Dewan Bankuet
  9. Bengkel Pengemasan (Linen)
  10. Pejabat Pensyarah
  11. Kolam renang
  12. Bilik simulasi Pelancongan
  13. Bilik penyimpanan peralatan Pelancongan
  14. Bilik Komputer
  15. Bilik Mesyuarat
  16. Bilik Studio Mini Pelancongan
  17. Tandas lelaki dan perempuan
  18. Tandas Orang Kurang Upaya
  19. Ruang letak kenderaan

Alamat Rasmi

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam, Selangor
Telefon  : +60332806200
Faksimili: +60332806400

PROGRAM PENGAJIAN

 

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti menawarkan dua(2) program Diploma iaitu:

Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP)
Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (DHF)

 

CARTA ORGANISASI