INFO JABATAN

Pengenalan 

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) yang telah mula beroperasi sejak 1 Mac 2014 merupakan salah satu jabatan sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan induk dalam pelaksanaan proses pengajaran & pembelajaran. Jabatan ini terdiri daripada dua (2) unit iaitu Unit Matematik dan Unit Sains dengan tenaga kerja seramai 18 orang kakitangan daripada pelbagai bidang akademik.

Objektif

1) Kemahiran Matematik
Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan teknologi maklumat

2) Pendedahan Sains
Memberi pendedahan tentang sains untuk juruteknik yang menjurus kepada aplikasinya dalam bidang kejuruteraan

3) Asas Komputer
Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran di Politeknik

4) Ilmu Akademik & Nilai Murni
Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang berketerampilan dan sahsiah baik selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

 

PROGRAM PENGAJIAN

ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

Sinopsis Program

Program TVET Berciri Advanced TVET In Higher Education

Penawaran Program Asasi Teknologi Kejuruteraan (dahulunya dikenali sebagai Asasi TVET) merupakan inisiatif strategik untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat kelayakan, bagi mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, khususnya dalam bidang Ijazah Teknologi Kejuruteraan.

Program ini menyediakan landasan awal dan bersasar kepada pelajar yang menunjukkan minat dan kecenderungan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pada pelaksanaan awal, sebanyak lima (5) buah politeknik telah dipilih sebagai perintis untuk pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024, dengan penglibatan seramai 500 pelajar sebagai kumpulan sulung.

Bagi memperluaskan lagi capaian dan impak program ini, sebanyak lima (5) institusi tambahan akan mula menawarkan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan bermula Sesi I 2025/2026, menjadikan keseluruhan sebanyak sepuluh (10) institusi pelaksana di seluruh negara.

Kurikulum Program Asasi Teknologi Kejuruteraan direka bentuk dengan penekanan khusus kepada elemen amali dan praktikal, selaras dengan keperluan industri semasa. Fokus bidang yang ditawarkan dalam program ini juga disusun agar seiring dengan kehendak sektor pekerjaan dan perkembangan teknologi terkini.

Tempoh pengajian adalah selama satu (1) tahun atau dua (2) semester, dengan setiap semester berlangsung selama enam (6) bulan.

Kelebihan/Keunikan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan

Lepasan program Asasi Teknologi Kejuruteraan diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana  EMPAT (4)  universiti dibawah  MTUN iaitu  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),   Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM ) dan  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) .

Syarat Kemasukan

Lepasan SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:a. 

                   a. Bahasa Melayu

                   b. Matematik

                   c. Sains/Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Matematik Tambahan/Lukisan Kejuruteraan

                   d. DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran

CARTA ORGANISASI