
𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐇𝐎𝐖𝐂𝐀𝐒𝐄 𝐅𝐘𝐏 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya mengharumkan nama institusi apabila tiga projek tahun akhir pelajar meraih pengiktirafan dalam Showcase FYP POLYCC Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober 2026 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pencapaian tersebut melibatkan satu Anugerah Khas Produk Nilai Komersial , satu pingat emas dan satu pingat perak menerusi projek inovasi yang mengetengahkan kreativiti, penyelesaian praktikal serta potensi pengkomersialan.
ANUGERAH KHAS PRODUK NILAI KOMERSIAL
Projek: MelonCrunch: Watermelon Rind Pickled
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Program Diploma Perkhidmatan Amalan Makanan Halal
Penyelia:
Nadhirah Hanum binti Ahmad
Asmidar binti Ahmad Salleh @ Ahmad
Pelajar:
Humairah binti Norazmir
Maryam Audah binti Mior Mohd Hadafi
Mohammad Nur Syarifuddin bin Mohd Zamzuri
Khalil Ilham Rayyan bin Khalil Azmi
Projek ini menerima Anugerah Khas Produk Nilai Komersial dengan nilai anugerah sebanyak RM150. MelonCrunch mengetengahkan konsep food waste upcycling dengan memanfaatkan kulit tembikai yang lazimnya dianggap sebagai sisa untuk dijadikan produk acar bernilai tambah.
PINGAT EMAS
Projek: BatikCare: Web-Based Interactive Batik Learning Platform for Autism
Penyelia:
Ts. Khalid bin Deris
Dr. Azrul bin Mahfurd
Pelajar:
Arfa Hafis bin Anasrul
Muhammad Imran bin Sazali
Shivendra A/L Puvvaneswaran
PINGAT PERAK
Projek: Smart Fish Monitoring and Water Quality Control System
Penyelia:
Zulkarnain bin Mohd Lajin
Nur Shuhada binti Arbaan
Pelajar:
Muhammad Denial bin Zulhadi
Nurafiqah binti Mohamad Abdul Rahman
Raiyan Aiman bin Abdul Rahim
Kejayaan ketiga-tiga projek ini membuktikan bahawa projek tahun akhir pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar memenuhi keperluan akademik, malah berupaya menghasilkan inovasi yang mempunyai potensi nilai komersial, menyelesaikan masalah sebenar dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan penyelia atas komitmen serta usaha yang dicurahkan sehingga berjaya mengharumkan nama PSIS di peringkat kebangsaan.
Teruskan mencipta, berinovasi dan menghasilkan penyelesaian yang memberi impak kepada industri dan masyarakat.
THE GREAT PSIS!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis