width=
ππ’πˆπ’ πŠπ„ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π€πŠπ‡πˆπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” π–πŽπ‘π‹πƒ π•πŽπ‚π€π“πˆπŽππ€π‹ π‚πŽπ‹π‹π„π†π„ π’πŠπˆπ‹π‹π’ π‚πŽπŒππ„π“πˆπ“πˆπŽπ – π€π‘π“πˆπ…πˆπ‚πˆπ€π‹ πˆππ“π„π‹π‹πˆπ†π„ππ‚π„
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila seorang pegawai bersama tiga orang pelajar PSIS terpilih ke peringkat akhir 2026 World Vocational College Skills Competition – Artificial Intelligence Competition yang akan berlangsung di Tianjin, China.
Pasukan PSIS mempertandingkan projek β€œLunqing Intelligent Control – AI-Powered Digital & Intelligent Management System for Tire Production Lines”, yang mengetengahkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan digital dan pintar bagi barisan pengeluaran tayar.
Pasukan PSIS yang akan membawa cabaran ke pertandingan tersebut terdiri daripada:
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Dr. Norliza binti Abdullah
πŸ‘©πŸ»β€πŸŽ“ Lee Nyuk Yung
πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Muhammad Haziq bin Salehudin
πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Ahmad Azri Shah bin Ariffin
Pasukan ini akan berada di Tianjin, China pada 4 hingga 13 Oktober 2026 bagi mengikuti sesi latihan serta menyertai pertandingan akhir yang dijadualkan pada 10 dan 11 Oktober 2026.
Pengarah dan seluruh warga PSIS mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan PSIS. Semoga segala usaha, latihan dan persediaan yang dilaksanakan membuahkan hasil serta mengharumkan nama Politeknik Sultan Idris Shah di persada antarabangsa. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€–πŸ‡¨πŸ‡³
Ayuh kita doakan kejayaan pasukan PSIS! πŸ’ͺ🏻✨
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis