width=
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππ’πˆπ’ π‚πˆππ“π€ πŠπ„π‰π€π˜π€π€π, πŒπ”ππ‚π”π‹ 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π πŒπ‹ππ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π”ππˆπ“π˜ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”
KUALA LUMPUR β€” Muhammad Izdiad bin Mohd Zhafran Athari, pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) membanggakan warga institusi apabila berjaya merangkul gelaran Juara dalam Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Unity Merdeka Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .
Kejohanan yang diadakan pada 17 sehingga 19 julai 2026 bertempat di Dataran Medeka Kuala Lumpur menyaksikan penyertaan sengit daripada 110 pelbagai pasukan belia dan institusi pengajian tinggi itu berlangsung penuh mendebarkan. Pasukan bernama Arkedmy menampilkan penguasaan strategi yang mantap serta kerjasama pasukan yang berdisiplin sepanjang saingan peringkat kumpulan hingga ke pentas akhir.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diiringi oleh YBhg. Datuk Fadil Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur . Juara membawa wang tunai kejohanan berjumlah RM2,000.00.
The Great PSIS!!!