
𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sungai Besar, 4 Julai 2026 – Pasukan Catur Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menyertai Pertandingan Catur Piala Menteri Besar Selangor dan Simulasi SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor.
Penyertaan kali ini amat mencabar apabila kejohanan tersebut turut disertai pemain-pemain berpengalaman dari dalam dan luar negara, antaranya IM Pavel Shkapenko dari Finland, IM Sergio Duran Vega dari Croatia, Jan Dobrowolski dari Poland serta WIM Diajeng Theresa Singgih dari Indonesia. Selain itu, pertandingan ini juga menjadi tumpuan pemain-pemain catur SUKMA dari beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Pahang sebagai persediaan menghadapi temasya SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung pada Ogos ini.
Kejohanan ini turut memberi nilai tambah kepada semua peserta kerana lokasi pertandingan merupakan venue bagi acara catur SUKMA Selangor 2026. Justeru, penyertaan dalam pertandingan ini menjadi medan terbaik untuk menimba pengalaman, menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan sebenar serta menguji tahap persediaan menjelang kejohanan SUKMA nanti.
Dalam pertandingan tersebut, Pasukan Catur PSIS berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila memenangi beberapa hadiah bagi kategori khas. Bagi kategori Best Learning Institution, empat wakil PSIS telah menyumbang mata penting iaitu :
Yasodhar Tevar A/L Thanavan Then (17DIT25F1033) dengan 4 mata
Muhammad Hafiz Nazhan bin Ahmad Jamil (17FTV26F1085) dengan 4 mata
Muhammad Shahir bin Muhamad Tarmizi (17DIF24F1049) dengan 4 mata
Mohamad Aque Haikal (17DAS25F2005) dengan 3.5 mata.
Selain itu, Yasodhar Tevar A/L Thanavan Then turut muncul sebagai Tempat Pertama Best IPT, manakala Muhammad Shahir bin Muhamad Tarmizi meraih Tempat Keempat Best IPT. Muhammad Hafiz Nazhan bin Ahmad Jamil pula berjaya memperoleh Tempat Ketiga Best Under 18, sekali gus menambah seri kejayaan kontinjen PSIS ini.
Turut membanggakan, seorang staf PSIS iaitu En. Muhamad Anuar bin Marsib telah diberi kepercayaan untuk bertugas sebagai salah seorang floor arbiter atau pengadil bagi pertandingan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada seluruh Pasukan Catur PSIS atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama PSIS pada pertandingan akan datang.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis