𝐏𝐈𝐒𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝟐𝐍𝐃 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐕𝐈𝐋 𝐃𝐄𝐅𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐈𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆 (𝐌𝐚𝐥𝐂𝐢𝐃𝐀𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟔
MERLIMAU, 6 Jun 2026- Kontinjen Selangor dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan 2nd POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) 2026.
Selama lima hari, bermula 2 hingga 6 Jun 2026, 6 pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) daripada 20 pelajar keseluruhannya membawa amanah institusi dan negeri. Mereka bukan sekadar hadir sebagai peserta, tetapi hadir sebagai pejuang yang mengangkat nilai disiplin, kesetiaan dan semangat berpasukan.
Barisan pelajar PSIS yang menggalas cabaran tersebut ialah:
* Akiff Bin Md Najmuddin (17DHF24F1090)
* Lynna Caryna Binti Ahmad Zaini (17DUP24F1079)
* Izzuan Bin Syapril (17DUP24F2049)
* Zaimafatini Binti Zaimafauzie (17DAS25F1090)
* Shivendra A/L Puvaneswaran (17DIT24F1034)
* Muhammad Hafiz Bin Mohd Hazahari (17DHF25F2116)
Hasil latihan yang panjang, kesungguhan yang tidak pernah luntur serta semangat setiakawan yang utuh, kontinjen Selangor akhirnya berjaya mengukir nama sebagai antara pasukan terbaik kejohanan dengan pencapaian:
JOHAN - Pertandingan Kawad Kaki
TEMPAT KEDUA - Kerohanian
TEMPAT KETIGA - Pertandingan Melawan Kebakaran
Lebih manis daripada piala yang dijulang, kejayaan ini bukan milik peserta semata-mata. Ia adalah hasil sokongan dan kepercayaan ramai pihak yang sentiasa berada di belakang tabir.
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga dirakamkan kepada Pengurusan PSIS yang diterajui oleh Komandan, YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Haslinda binti Abd. Hamid, atas keyakinan dan sokongan yang sentiasa mengiringi perjalanan kontinjen ini.
Penghargaan turut ditujukan kepada Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum (JSKK) PSIS serta seluruh barisan Pegawai Bersekutu PSIS yang tidak pernah jemu membimbing, merancang dan memastikan setiap persediaan berlangsung dengan sempurna.
Terima kasih juga kepada Pengarah APM Negeri Selangor, Kol. (PA) Fazlisyah, para jurulatih APM Selangor, APM Petaling Jaya, APM Klang, rakan strategik CDA Marin, serta kerjasama erat daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Kolej Komuniti Selangor yang sentiasa bergerak dalam satu saf demi mengangkat nama Selangor ke persada kecemerlangan.
Penghargaan istimewa turut diberikan kepada Pegawai Pengiring, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Zaini Bin Zainudin, yang sentiasa menjadi tulang belakang kontinjen, menjaga kebajikan peserta serta meniupkan semangat ketika cabaran datang menguji.
Sesungguhnya, kemenangan ini bukan noktah sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada langkah yang lebih besar. Ia menjadi bukti bahawa pasukan beruniform bukan sekadar medan latihan, malah wadah membentuk kepimpinan, keberanian dan jati diri yang akan terus mekar dalam diri setiap pelajar.
Buat seluruh warga PSIS, marilah bersama-sama meneruskan legasi kecemerlangan ini. Sertailah PISPA, timba pengalaman, bina kemahiran, dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara.
Tahniah Kontinjen Selangor.
Tahniah PISPA PSIS.
Hari ini kita meraikan kemenangan, esok kita terus mencipta sejarah.
THE GREAT PSIS!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis