
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈
PUTRAJAYA, 16 Mei 2026– Warga kerja Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta para pegawai Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPPKK Tahun 2025 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Diraja Zambry Abd Kadir. Majlis diadakan sebagai tanda menghargai komitmen tinggi, integriti dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh warga kerja sepanjang tahun perkhidmatan.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), Dato Ts. Dr. Aminudin Hassim dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah serta Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
Selain penyampaian penghargaan kepada warga kerja, majlis turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Kelab Gema Mustika yang dianggotai oleh pelajar PSIS di bawah seliaan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PSIS.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah APC Tahun 2025.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis