
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐒𝐎𝐅𝐓𝐁𝐀𝐋𝐋 𝐓𝐇𝐄 𝟑𝟐 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄 𝐒𝐎𝐍𝐆𝐊𝐋𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 (𝐏𝐒𝐔) 𝐒𝐎𝐅𝐓𝐁𝐀𝐋𝐋 𝐂𝐔𝐏 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dua (2) orang pelajar PSIS telah menempa sejarah dalam Kejohanan Terbuka Softball The Prince Songkla University (PSU) Softball Cup International Thailand 2026 mewakili Kontinjen SUKMA Selangor.
Pasukan wanita telah mendapat naib juara manakala pasukan lelaki mendapat tempat ke -4 dalam kejohanan yang berlangsung pada 8- 12 April 2026 bertempat di Prince Songkla University, Hatyai, Thailand. Kejohanan ini melibatkan penyertaan dari negara Thailand, Malaysia dan Singapura.
Senarai pelajar mewakili PSIS dalam pasukan Softball SUKMA Selangor :
1.Muhammad Azamuddin bin Azrin (Pelajar JKA)
2.Nur Syadynaz Afrina binti Mohamad Rizal (Pelajar JPH)
Syabas dan tahniah di atas pencapaian yang cemerlang.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis