𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
SEPANG, 17 OGOS 2025 - Pasukan Robotik POLYCC disambut dengan penuh meriah dan bangga oleh ahli keluarga, serta wakil Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas berjuang di The 30th FIRA Roboworld Cup & Summit 2025 yang berlangsung dari 11-15 Ogos 2025 di Daegu, Korea Selatan.
Ketibaan Pasukan Robotik POLYCC disambut meriah apabila turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Dalam majlis tersebut, YBrs. Dr. Shamsuri mewakili JPPKK telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat sehingga pasukan POLYCC mampu mencipta kejayaan yang begitu cemerlang.
Sebagai rekod, Pasukan Robotik POLYCC telah mencipta kejayaan gemilang dengan meraih keseluruhan 13 pingat pada pertandingan kali ini, terdiri daripada 5 emas, 3 perak, dan 5 gangsa.
Hadir sama adalah barisan Pengurusan Tertinggi JPPKK, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah POLYCC.
Syabas dan tahniah diucapkan PSIS Roboteam!!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis