Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berjaya meraih dua pengiktirafan berprestij di MQA Awards 2025 yang berlangsung pada 11 Ogos 2025 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur:
πŸ† Lima Terbaik – Anugerah Kecemerlangan PPT Jaminan Kualiti Dalaman (IQA)
πŸ† Lima Terbaik – Anugerah Kecemerlangan PPT TVET
Pengiktirafan ini diberikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai tanda penghargaan atas komitmen PSIS dalam memastikan kecemerlangan sistem jaminan kualiti dan pelaksanaan pendidikan TVET yang cemerlang.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga PSIS khususnya Unit Jaminan Kualiti PSIS atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis