πŠπŽππ“πˆππ‰π„π π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐍 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ πƒπˆππŽππ€π“πŠπ€π ππ€πˆπ 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 πŠπ„π’π„π‹π”π‘π”π‡π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π πŒπ˜ππŽπ‹π˜π‚π‚ π’ππŽπ‘π“π’ π‚π€π‘ππˆπ•π€π‹ (πŒπ’π‚) πŸπŸŽπŸπŸ“
Kota Bharu, 3 Julai 2025- Telah berlabuh tirai Kejohanan Mypolycc Sports Carnival ( MSC) 25 yang diadakan pada 29 Jun sehingga 3 Julai 2025 bertempat di Politeknik Kota Bharu. Sebanyak enam ( 6) sukan telah dipertandingkan melibatkan bola sepak, bola tampar, sepak takraw, bola jaring, badminton dan tenpin boling dengan penyertaan 13 kontinjen Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Kontinjen Selangor dan WP Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai naib juara pada edisi MSC kali ini. Lebih membanggakan lagi, PSIS yang telah diamanahkan sebagai penyelaras pasukan sepak takraw kontinjen telah berjaya menyumbang pingat gangsa dalam acara sepak takraw berpasukan. Majlis penyampaian pingat telah dihadiri oleh YBrs. Puan Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid.
Berikut adalan pecahan pingat yang telah dimenangi oleh pelajar PSIS :
Pencapaian pingat mengikut acara:
Tenpin Boling:
1. Emas Individu (Lelaki)
2. ⁠Emas Berpasukan (Lelaki)
3. ⁠Emas Berpasukan (Wanita)
4. ⁠Perak Individu (Lelaki)
5. ⁠Gangsa Beregu (Lelaki)
Sepak Takraw:
1. Gangsa Berpasukan
Bola Tampar:
1. Gangsa (Lelaki)
2. Gangsa (Wanita)
Pungutan pingat keseluruhan Kontinjen:
Emas 3
Perak 1
Gangsa 4
Setinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan atlet Kontinjen Selangor & WP Kuala Lumpur.
Jumpa lagi di edisi MSC 27 di Perak.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis