ππ’πˆπ’ π‘π€πˆπ‡ π“π„πŒππ€π“ πŠπ„π“πˆπ†π€ πƒπˆ 𝐅𝐑𝐀𝐒𝐄𝐑’𝐒 π‡πˆπ‹π‹ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ ππˆπ‘πƒ 𝐑𝐀𝐂𝐄 πŸπŸŽπŸπŸ“
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus mengukir kejayaaan setelah memenangi tempat ke-3 di Fraser’s Hill International Bird Race 2025 yang telah berlangsung di Bukit Fraser, Pahang pada 21 hingga 22 Jun 2025.
Pasukan PSIS iaitu PSIS Sparrow 2 telah berjaya memenangi tempat ke-3 bagi Kategori Novice.
Pasukan PSIS yang telah menghantar penyertaan sebanyak 6 pasukan yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dengan menyertai Kategori Advance dan Kategori Novice. Pertandingan kali ini telah disertai oleh keseluruhan sebanyak 127 pasukan dari luar negara antarabangsa dan dalam negara. Sebanyak 58 pasukan telah menyertai Kategori Advance, 50 pasukan menyertai Kategori Novice dan 19 pasukan telah mengambil bahagian Kategori Pelajar.
Pengarah dan seluruh warga Politenik Sultan Idris Shah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua 13 orang pelajar dan 5 pensyarah Program Diploma Pengurusan Pelancongan PSIS yang telah menunjukkan komitmen, bakat, dan semangat juang yang tinggi!
THE GREAT PSIS, IS WHERE CHAMPIONS ARE MADE!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis