πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπŽππ•πŽπŠπ„π’π˜π„π ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆπƒπ‘πˆπ’ 𝐒𝐇𝐀𝐇 πŠπ€π‹πˆ πŠπ„ πŸπŸ•

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya sidang 1 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali-17 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Seramai 426 graduan dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejututeraan Elektrik telah menerima Diploma masing- masing. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Rozali bin Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS.

Pada Majlis Konvokesyen tersebut, terdapat beberapa anugerah telah disampaikan antaranya Anugerah Khas Tan Sri Rozali, Anugerah Khas Kepimpinan, Anugerah Khas Industri dan Anugerah Kecemerlangan Akademik. Penerima anugerah membawa pulang wang tunai, plak dan jambangan bunga yang ditaja oleh Puncak Niaga Holding Berhad.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua graduan.

Sekian, terima kasih.