πππππππ βππππππππππ πππππππβ πππππππ ππππ ππππ
Sabak Bernam β Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan program CSR JMSK βKeberkatan Ramadanβ pada 5 dan 7 April 2023.
Sebanyak 30 buah rumah pelajar penempatan luar PSIS telah menerima sumbangan 'Bakul Keberkatan Ramadan' yang terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, tepung, biskut dan lain-lain.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain bin Shahadan dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Nizam Bin Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Norman bin Zamri , Ketua Jabatan JMSK, Puan Rasidah Binti Sapri, Ketua- ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, dan kakitangan JMSK.
Pada 7 April 2023, seramai 21 orang kakitangan JMSK dan 23 pelajar semester 1 telah bergotong-royong menyediakan 200 pek bubur lambuk untuk diserahkan ke Masjid Maβarufiah, Parit Baru, Sabak Bernam.
Penyerahan bubur lambuk kepada Nazir Masjid Parit Baru telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain bin Shahadan.
Sekian
====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech