ππππ, πππππππππππ πππππ πππππππππππ (πππ), πππππππππ, πππππππππ πππππ πππππππππ
05 April 2023, Sabak Bernam β Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menjalinkan kerjasama dengan Universitas Tunas Pembangunan (UTP), Surakarta,Indonesia.
Kerjasama dimeterai melalui Agreed Minutes of Meeting (AMM) yang telah dipersetujui oleh Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain bin Shahadan dan Rektor UTP, Profesor Dr. Winarti, M. Si.
Zulkurnain berkata kerjsama ini sejajar dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Teras ke-5 Mempergiatkan Pengantarabangsaan,
βsaya yakin perkongsian strategik yang komprehensif antara Politeknik Sultan Idris Shah dengan institusi luar negara dapat memberikan nilai tambah dan pendedahan kepada bakal graduan politeknik dari aspek pengantarabangsaanβkatanya lagi.
Majlis menandatangani Agreed Minutes of Meeting (AMM) ini telah berlangsung secara dalam talian dan telah disaksikan oleh Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan wakil Bahagian Koordinasi TVET JPPKK, serta warga PSIS melalui platform Facebook dan Youtube Live.
Sebelum ini PSIS telah menjalankan kolaborasi bersama UTP sebelum ini bagi Program Jalinan Warisan Antarabangsa Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2022 dan Program SEAMEO TVET Virtual Student Exchange 2022. Justeru, majlis menandatangani Agreed Minutes of Meeting (AMM) yang diadakan dapat mengukuhkan lagi hubungan baik diantara kedua-dua pihak.
Hadir sama pada majlis ini Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Unit Pengantarbangsaan dan Ketua Unit Corporate,Industrial Services and Employability Center (CISEC) serta Ketua- Ketua Jabatan.
====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech