ππππππ πππππππππππ ππππ π ππππ πππ. π/ππππ
Tarikh : 18 Januari 2023
Masa : 8.00 Pagi β 10.45 pagi
Tempat : Dewan Sri Lang, PSIS
Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) selaku penganjur Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2023. Pada majlis tersebut, YBrs. Ts. Zulkurnain bin Shahadan, Pengarah PSIS telah menyampaikan ucapan dan amanat dengan memberikan nasihat dan panduan yang berguna untuk dipraktikkan oleh warga PSIS bagi menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
Dalam pada itu, pada majlis itu turut diadakan sesi penyampaian sijil anugerah pekerja contoh dan sijil penghargaan βEnglish Dayβ serta sijil penghargaan mencapai KPI Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) 100%. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan βpotluckβ.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan sijil penghargaan pada perhimpunan bulanan kali ini dan syabas diucapkan buat semua kakitangan yang menjayakan majlis pada kali ini.
PSIS DESIGNING YOUR FUTURE!!
PSIS TERUS CEMERLANG!!
=====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech