ππΌπ πππ ππππΌππΏπΌππΌπππΌππ πππ ππ ππππΌπ½πππΌππ ππππΌπππππ πΌπππΌππΌ ππππππππππ πππππΌπ ππΏπππ πππΌπ πΏπΌπ πΌπππΌ πππππππ πππΏπππππππ ππΏπ π½ππΏ (πππππππΌπ πππΌππππΌπ πΌπ πππΌ)
2 November 2022 β Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik dengan Asia Roofing Industries Sdn Bhd (Kumpulan Syarikat AJIYA). Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Konference dan Bilik Pameran, Asia Roofing Industries Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor. Dalam majils ini, Ts. Zulkurnain bin Shahadan selaku Pengarah PSIS telah menandatangi Sijil kolaborasi Strategik dengan Ketua Pegawai Eksekutif AJIYA, Datoβ Chan Wah Kiang.
Dengan kolaborasi ini, kedua-dua pihak telah bersetuju bekerjasama dalam pelbagai bidang yang melibatkan aktiviti/ program seperti perkongsian ilmu, teknologi dan kemahiran dalam industri pembinaan pasang siap (IBS), bekerjasama dalam penganjuran seminar, persidangan dan pembangunan penyelidikan, latihan industri berstruktur, program sangkutan industri pensyarah, program Corporate Social Responsibility (CSR) dan juga kerjasama lain yang bermanfaat kepada komuniti dan negara.