23 September 2020
Tourism Day 2.0 Webinar
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS melalui unit Pengurusan Pelancongan telah menganjurkan satu sesi webinar yang bertajuk Tourism Day 2.0 Webinar. Webinar ini bertemakan - Sabah and Sarawak Ethnic Community yang merupakan salah satu topik pengajaran dan pembelajaran kursus DTM10083 - Tourism in Malaysia. Sesi webinar disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Malaysia Tourism Promotion Board iaitu En. Alwi Shakir bin Abdullah. Beliau bertugas sebagai Pegawai Pelancongan dan juga merupakan Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja LPPM serta seorang alumni PSIS dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan. Webinar ini telah disertai oleh pelajar semester 1 seramai 20 orang program DUP1A JPH, pensyarah JPH dan diuruskan oleh Pn.Nurul Natasha binti Norzan dan En.Hashim bin Ab.Rahim@Abd Rahman selaku urusetia webinar. Sesi webinar perkongsian ini merupakan salah satu aktiviti pendedahan kepada industri atau 1st year student industry exposure.
#PSISdesigningYourFuture
#2020_PSISterusJUARA