24 September 2020
Majlis Perhimpunan Staf dan Bicara Eksekutif

Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Staf dan Bicara Eksekutif bertempat di Dewan Seri Lang PSIS. Majlis berbesar hati dengan kehadiran Yang Berusaha Ts. Hj Mohammad Amin bin Hamat - Timbalan Ketua Pengarah (Governan) yang telah menyampaikan Bicara Eksekutif kepada seluruh warga kerja PSIS. Tetamu jemputan juga telah melancarkan Smart Campus PSIS dan merasmikan TECC PSIS. Majlis turut diserikan dengan slot khas secara lintas langsung daripada Putrajaya bersama Ketua Pengarah JPPKK Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub yang telah menyampaikan ucapan beliau.

#PSISdesigningYourFuture
#2020_PSISterusJUARA