
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐒𝐈𝐒
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Politeknik Mersing Johor (PMJ) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik PMJ, Puan Azreen binti Khamis sempena Lawatan Penandaarasan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Ketibaan delegasi telah disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Encik Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi PMJ mengenai amalan terbaik yang dilaksanakan di PSIS, khususnya dalam aspek pengurusan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan produk serta pengurusan hal ehwal pelajar.
Delegasi PMJ yang turut disertai oleh Ketua UPIK, Puan Norbizuna binti Abdul Rashid; Ketua JHEP, Puan Siti Norhafizah binti Ab Aziz; dan Penolong UPIK, Puan Zulaikha binti Abdullah telah mengikuti beberapa pengisian utama sepanjang lawatan. Antaranya termasuk sesi pembentangan amalan terbaik berkaitan pengurusan penyelidikan dan hal ehwal pelajar, Foodbank serta perkongsian mengenai pengurusan persatuan PUSPANITA.
Program turut disusuli dengan lawatan ke Foodbank dan Inkubator NOX Coffee PSIS bagi melihat pelaksanaan inisiatif kebajikan pelajar serta pengurusan pengkomersialan produk dan perusahaan institusi.
Semoga lawatan penandaarasan ini dapat memberikan manfaat serta menjadi rujukan dalam usaha mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pelaksanaan fungsi jabatan di kedua-dua institusi.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis