width=
ππŽπ‹π˜π’π“π‘π€π‚ πƒπˆπƒπˆπŠ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ πŒπ”πƒπ€ π‚π„π‹πˆπŠ πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍
KUALA LUMPUR, 10 September 2026 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) serta Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), dengan kerjasama strategik Bursa Malaysia dan Asri Ahmad Academy, telah menganjurkan Majlis Penutupan Program POLYCC Students TradePreneur Challenge (PolySTraC) 2026. Program PolySTraC merupakan pertandingan pelaburan saham yang melibatkan pelajar politeknik dan kolej komuniti dari seluruh negara bagi melahirkan generasi muda yang celik dalam bidang kewangan, keusahawanan dan pelaburan.
Bermula pada 10 Julai 2026, penganjuran PolySTraC 2026 mencapai kemuncaknya menerusi Majlis Penutupan pada hari ini selepas para peserta mengikuti siri latihan dan pembangunan kemahiran pelaburan bermula dengan sesi Kickstart Saham, disusuli Bootcamp Asas Pemilihan Saham di Bursa Malaysia serta Bengkel Analisis Teknikal. Siri latihan ini memberi pendedahan kepada peserta dalam memahami pergerakan pasaran berdasarkan data, analisis serta pengurusan risiko.
Selain penguasaan ilmu teori, peserta turut mengikuti sesi pitching yang melatih mereka membentangkan perancangan strategik dengan yakin, menterjemahkan analisis pasaran serta membina ketahanan mental dalam menghadapi perubahan pasaran kewangan.
Hasil daripada siri latihan, penilaian dan pembentangan yang dijalankan, seramai 15 peserta terbaik daripada 10 institusi berjaya mara ke peringkat akhir, melibatkan wakil dari Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson, Politeknik Hulu Terengganu, Politeknik Jeli, Politeknik Seberang Perai, Kolej Komuniti Jempol, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Metro Johor Bahru dan Kolej Komuniti Ledang.
Bagi kategori utama pertandingan, johan PolySTraC 2026 dinobatkan kepada Muhammad Adam Danish bin Rosdi dari Politeknik Muadzam Shah. Beliau menerima wang tunai RM1,000, plak kristal dan sijil. Tempat kedua pula disandang oleh Muhammad Adib Zahin bin Mohd Rosman Zailani dari Politeknik Jeli, yang membawa pulang wang tunai RM600, plak kristal dan sijil. Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Nur Aqif bin Johariza dari Politeknik Hulu Terengganu, yang menerima wang tunai RM400, plak kristal dan sijil.
Sementara itu, Anugerah Slide Presentation Terbaik dimenangi oleh Ahmad Thoreeq bin Mohamed Zainal Abidin dari Politeknik Ungku Omar, manakala Anugerah Investment Pitch Terbaik diberikan kepada Muhammad Aiman Hakim Ahmad dari Politeknik Seberang Perai. Kedua-dua pemenang menerima wang tunai RM100 dan sijil.
Majlis Penutupan ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim. Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri bin Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Tuan Haji Ulaimi bin Yahya; Puan Mazliana Mohamad, Director, Social Impact and Investors, Bursa Malaysia, Pengasas Asri Ahmad Academy, Datuk Haji Mohd Asri Hj Ahmad; Encik Khairi Shahrin Aried bin Baki, CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd.; Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid; barisan pengarah, rakan strategik serta pihak pengurusan PSIS.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang PolySTraC 2026! πŸ’
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis