width=
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗣𝗦𝗜𝗦
Persatuan Alumni Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid, yang diketuai oleh Encik Zarif bin Zulfafli, Pengerusi Persatuan Alumni PSIS, pada 4 September 2026 (Jumaat), bertempat di Bilik Seri Tanjung, PSIS.
Kunjungan ini menjadi platform untuk membincangkan pelbagai agenda, hala tuju serta perancangan aktiviti Persatuan Alumni bagi memperkukuh hubungan antara alumni, pelajar dan institusi.
Antara fokus utama perbincangan adalah:
✅ Memperkasa jaringan dan ukhuwah antara alumni dan PSIS
✅ Merancang pelaksanaan program yang berimpak tinggi
✅ Memantapkan tadbir urus Persatuan Alumni secara profesional
✅ Memperkukuh aspek kebajikan alumni secara holistik
Dalam kunjungan tersebut, Persatuan Alumni PSIS turut menyampaikan sumbangan kotak makanan dan sebuah pencetak kepada PSIS sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan alumni terhadap institusi.
Semoga segala perancangan dan usaha yang dirangka dapat direalisasikan dengan jayanya demi memberi manfaat kepada alumni, pelajar serta seluruh warga PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis