
ππππππ ππππππππ ππππ: ππππππππππ ππππππππππππππ πππππππ ππππππ ππππππππππππ πππ πππππππππππππ
βSabak Bernam, 19 Ogos 2026 β Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sekali lagi membuktikan komitmen dalam melahirkan modal insan berkualiti melalui penganjuran Dialog Industri 2026: Pemerkasaan Kebolehpasaran Graduan Bidang Kejuruteraan dan Perkomputeran. Program yang membawa tema 'Merapatkan Jurang: Jangkaan Industri, Realiti Graduan dan Hala Tuju' ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai keperluan sebenar pasaran pekerjaan semasa.
βMajlis perasmian penutupan program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Encik Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS, Encik Mohamad Azrin bin Ramli; serta Ketua Wilayah Tengah Unit Perhubungan dan Penglibatan Kampus Talent Corporation Malaysia Berhad, Encik Mohamad Azlan bin Mohamad Nasrun.
βProgram ini merupakan inisiatif strategik anjuran Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) melalui Corporate, Industrial Services and Employability Center (CISEC) di bawah program 'STRIVE Talent Empowerment Programme' (STEP).
Seramai 400 orang pelajar Semester 4 dan 5 yang terdiri daripada Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dan Diploma Teknologi Maklumat telah menghadiri program ini.
βDalam ucapannya, Encik Mohamad Shabudin menekankan kepentingan dialog ini bagi mengurangkan jurang antara jangkaan industri dan persediaan graduan.
"Dunia pekerjaan kini berkembang dengan pantas akibat revolusi digital, kecerdasan buatan, dan automasi. Industri bukan sahaja mencari graduan yang mempunyai pengetahuan teknikal yang tinggi, malah mereka juga memerlukan graduan yang memiliki kemahiran insaniah, komunikasi yang berkesan, daya kepimpinan, serta pemikiran kritis," jelas beliau.
βBeliau turut menyatakan kebanggaan terhadap pencapaian kadar kebolehpasaran graduan PSIS yang mencapai 98.9% berdasarkan laporan Graduate Employability (GE) 2025. Namun, PSIS komited untuk terus menambah baik kurikulum dan latihan bagi memastikan graduan kekal relevan dengan kehendak industri.
βProgram ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah membuka ruang kolaborasi yang lebih luas antara pihak industri dan institusi pendidikan dalam bentuk latihan industri, penyelidikan bersama, serta pembangunan kurikulum.
βDiharapkan input yang diperoleh daripada barisan panel industri dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar bagi meningkatkan kompetensi diri sebelum menempuh alam kerjaya yang sebenar.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis