width=
𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍, π’π„π‘πˆππ” π’π„πŒπ€ππ†π€π“: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 ππ’πˆπ’ π’π€ππ“π”ππˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐀𝐑 πŠπ€πŒππ”π’
Prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah menganjurkan Program β€œSatu Sentuhan, Seribu Semangat”bagi menyantuni pelajar PSIS yang menetap di luar kampus.
Program yang berlangsung dari 8.30 malam hingga 11.30 malam ini menyaksikan barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan PSIS turun padang menziarahi kediaman pelajar luar kampus menerusi Ziarah Kasih. Dalam kunjungan tersebut, pihak pengurusan turut meluangkan masa beramah mesra, bertanya khabar serta mendengar sendiri cabaran dan keperluan yang dihadapi oleh para pelajar.
Turut disampaikan ialah sumbangan berupa barangan keperluan makanan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan warga PSIS terhadap kebajikan pelajar.
Inisiatif ini selaras dengan 13 Iltizam Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), khususnya Iltizam ke-8 β€œNo Student Left Behind”, yang menekankan komitmen untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada perhatian dan sokongan institusi.
Program ini telah disempurnakan oleh Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah PSIS, yang turut bersama-sama turun padang menyantuni para pelajar. Kehadiran barisan pengurusan ini menjadi simbol bahawa kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan PSIS, tanpa mengira sama ada mereka menetap di dalam mahupun di luar kampus.
Satu sentuhan mungkin kecil nilainya, namun mampu memberi seribu semangat kepada mereka yang menerimanya. ❀️
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis