
𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀, 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐋𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 𝐎𝐅 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐓 (𝐋𝐎𝐈) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas Negeri Malang, Indonesia pada 5 Ogos 2026 sempena Program Perkongsian Ilmu dan pemeteraian Letter of Intent (LOI).
Pemeteraian LOI ini menjadi langkah awal dalam memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang akademik, penyelidikan, perkongsian kepakaran serta mobiliti pensyarah dan pelajar.
Majlis turut disempurnakan dengan ucapan oleh Pengarah PSIS, YBrs. Puan Haslinda binti Abd. Hamid, sebelum diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh dua orang pensyarah daripada Jabatan Perdagangan, Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas Negeri Malang, iaitu Encik Naufal Dzakwana Muhammad, S.M., M.Sc. dan Dr. Iva Khoiril Mala, S.Pd., M.Pd.
Selain menghadiri sesi rasmi, delegasi turut dibawa mengadakan lawatan sekitar kampus bagi meninjau beberapa inisiatif utama PSIS, termasuk Food Bank PSIS dan NOX Coffee. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk melihat sendiri kemudahan serta inisiatif kebajikan dan keusahawanan yang dilaksanakan di PSIS, di samping mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi dalam suasana yang lebih santai.
PSIS merakamkan penghargaan kepada Universitas Negeri Malang atas kunjungan dan jalinan kerjasama ini. Diharapkan hubungan yang terjalin akan membuka lebih banyak peluang kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pada masa hadapan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis