width=
π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 π‹π€π“πˆπ‡π€π πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ π’π„π’πˆ 𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ππ’πˆπ’
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menyempurnakan Taklimat Pengenalan Latihan Industri Sesi I 2026/2027 bertempat di Dewan Sri Lang, PSIS.
​Program ini dianjurkan khas bagi memberi pendedahan awal dan maklumat terperinci kepada 720 orang pelajar semester akhir Diploma sebagai persediaan rapi sebelum melangkah ke fasa Latihan Industri bagi Sesi II 2026/2027 akan datang.
​
​Sesi pendedahan ini telah disampaikan secara rasmi oleh Pegawai-pegawai Perhubungan Latihan Industri dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri Jabatan PSIS.
Antara pengisian utama yang ditekankan ialah merangkumi Panduan permohonan penempatan latihan industri serta tatacara pentadbiran yang perlu dipatuhi.
Peraturan dan profesionalisme semasa berada di organisasi luar turut ditekankan kepada pelajar dan selain itu menyediakan fizikal dan mental pelajar dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja sebenar.
​
​Penganjuran program di bawah kendalian Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) PSIS ini turut dibantu oleh Badan Kepimpinan Mahasiswa (BKM) PSIS bagi memastikan kelancaran majlis.
​Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak UPLI, BKM PSIS, serta seluruh pelajar Semester 5 di atas komitmen yang diberikan. Semoga pendedahan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan para pelajar dalam menempuh alam kerjaya kelak.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis