
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐃𝐂𝐀𝐒𝐓 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengadakan Sesi Rakaman Podcast PSIS Siri 2/2026 bertemakan Friendship Institute Initiative between Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) and Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, China. Rakaman ini merupakan sesi temu bual bersama wakil International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) yang berkongsi mengenai inisiatif kerjasama strategik antara PSIS dan Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, China sempena lawatan penandaarasan politeknik tersebut ke PSIS pada 22 Julai 2026. Sesi rakaman ini melibatkan temubual Bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS, Ketua CISEC dan pelajar Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar Semester 5, Muhammad Zainal Faieq bin Mohd Zakri.
Kolaborasi yang diterajui oleh Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) bersama Unit Pengantarabangsaan PSIS dan ICCCM ini bertujuan memperkukuh hubungan antarabangsa melalui pelaksanaan program mobiliti pelajar dan pensyarah, perkongsian kepakaran akademik, penyelidikan, inovasi serta pembangunan jaringan strategik antara kedua-dua institusi.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis