𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐏𝐋𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan Taklimat Am Kolej Kediaman yang menghimpunkan seluruh penghuni kolej kediaman bagi memberi penerangan berkaitan tatacara, peraturan serta tanggungjawab yang perlu dipatuhi sepanjang menetap di kamsis.
Taklimat tersebut bertujuan memastikan setiap penghuni memahami peraturan kolej kediaman di samping memberi penekanan terhadap pelaksanaan sistem merit yang menjadi antara syarat kelayakan untuk terus menetap di kamsis pada semester berikutnya. Melalui sistem ini, pelajar digalakkan untuk aktif menyertai program, mematuhi peraturan dan mengamalkan disiplin yang baik sepanjang berada di kampus.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid, yang turut melancarkan e-Huni, sebuah sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi memudahkan pengurusan data penghuni kolej kediaman serta pemantauan pengumpulan merit dan penglibatan aktif pelajar secara lebih sistematik dan efisien.
Sebagai simbol komitmen terhadap pematuhan peraturan kolej kediaman, wakil pelajar telah mengetuai bacaan ikrar aku janji yang disertai oleh seluruh penghuni kamsis.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya memperoleh merit tertinggi bagi sesi lalu sebagai penghargaan atas disiplin, penglibatan aktif dan komitmen mereka sepanjang menetap di kolej kediaman.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis