
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 (𝐌𝐓𝐒) 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕
SABAK BERNAM, 25 JUN 2026 – Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2026/2027 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melabuhkan tirainya dengan berlangsungnya Majlis Penutupan MTS yang disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd. Hamid.
Program yang berlangsung selama empat hari bermula 22 hingga 25 Jun 2026 ini berjaya menghimpunkan para pelajar baharu dalam pelbagai pengisian yang bertujuan membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus serta memahami budaya, sistem pembelajaran dan kehidupan sebagai warga politeknik.
Sepanjang MTS berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai taklimat, slot pembangunan sahsiah, aktiviti pengukuhan jati diri, pengenalan kepada jabatan dan unit di PSIS serta pelbagai program interaktif yang dirangka bagi melengkapkan mereka dengan ilmu dan pengalaman sebelum memulakan sesi pengajian.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Mesyuarat Pengurusan PSIS yang bersama-sama menyaksikan penutupan rasmi program serta memberi sokongan kepada para pelajar baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PSIS, seluruh jawatankuasa pelaksana serta barisan fasilitator yang telah bertungkus lumus mencurahkan komitmen, tenaga dan masa dalam memastikan kelancaran pelaksanaan MTS sepanjang empat hari berlangsung.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diterapkan sepanjang Minggu Transformasi Siswa menjadi bekalan bermakna kepada para pelajar baharu dalam mengharungi kehidupan kampus serta terus melakar kecemerlangan di Politeknik Sultan Idris Shah.
Selamat maju jaya kepada seluruh pelajar baharu Sesi I 2026/2027.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis