
𝐑𝐎𝐒𝐇𝐀𝐇𝐅𝐈𝐐𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐋𝐄𝐓 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐒𝐔𝐊𝐈𝐏𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔
KUANTAN: Atlet Silat Kategori Seni Tunggal Puteri Politeknik Sultan Idris Shah, Roshahfiqah binti Jupri telah berjaya terpilih ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2026 mewakili Politeknik Malaysia.
Sesi pemilihan yang diadakan selama 2 hari berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dari 16-17 Jun 2026 dengan penyertaan seramai 43 atlet Politeknik seluruh Malaysia. Dijangkakan Roshahfiqah akan mewakili Politeknik Malaysia Dalam acara Seni Tunggal Puteri yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Diharapkan Pencapaian Roshahfiqah akan terus kekal dan cemerlang dalam edisi SUKIPT kali ke 7.
TAHNIAH TEAM PSIS 


THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis