
𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐗 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐗𝐗𝐈𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
BAGAN TERAP 14 Jun 2026-Majlis Pelepasan Larian BARA X SEMARAK SUKMA SELANGOR XXII 2026 telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Bagan Terap, Sungai Besar. Penyertaan larian adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Institusi Pendidikan, Badan Beruniform, Pertubuhan Belia dan Komuniti Setempat.
Seramai 14 orang kakitangan Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya menamatkan acara larian tersebut dan turut hadir En. Mohd Shahbudin bin Mohd Nor Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Idris Shah. Acara yang julung-julung kali ini adalah bagi menyemarakkan promosi Sukan Selangor yang akan diadakan pada 15-24 Ogos 2026 di Selangor.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis