
𝟏𝟏𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑
SABAK BERNAM, 16 Jun 2026 – Seramai 110 orang pelajar Program Asasi Kejuruteraan TVET Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah selamat mendaftar bagi sesi akademik baharu, pagi ini. Kemasukan kali ini merupakan kumpulan kedua bagi program asasi di PSIS, yang turut menyaksikan peningkatan jumlah kemasukan pelajar berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini membuktikan program asasi politeknik semakin mendapat kepercayaan penuh daripada ibu bapa dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sesi pendaftaran yang berjalan lancar itu turut diserikan dengan kehadiran Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, bersama Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Mohamad Shabudin Mohamad Nor, telah hadir dan menyantuni keluarga pelajar serta memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar yang bakal memulakan perjalanan akademik mereka.
Selain daripada proses pendaftaran, turut diadakan sesi taklimat khas bersama ibu bapa yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Mohamad Azrin Ramli. Sesi taklimat yang penuh informasi itu turut dihadiri oleh barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan PSIS bagi memberikan penerangan jelas mengenai hal ehwal kebajikan, kemudahan, serta ekosistem pembelajaran sepanjang pengajian pelajar di kampus ini.
Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar Baharu Program Asasi Sesi I 2026/2027.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis