
𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐄𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒 & 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐆𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 

SABAK BERNAM, 5 JUN 2026 – Semangat dan tekad tinggi mengiringi langkah delegasi daripada Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Mersing Johor (PMJ) yang berlepas ke Shandong, China bagi menyertai program Latihan dan Persediaan Penyertaan 2026 World Vocational College Skills Competition bersama Dongying Vocational College of Science and Technology (DVCST).
Program yang berlangsung dari 5 Jun hingga 17 Jun 2026 ini bertujuan memberikan pendedahan antarabangsa, meningkatkan kemahiran teknikal peserta serta membuat persediaan bagi menghadapi 2026 World Vocational College Skills Competition dalam Artificial Intelligence Track dan Intelligent Equipment Application Track.
Bagi pihak PSIS, seramai tiga (3) orang pelajar dan seorang (1) pensyarah telah dipilih untuk mewakili institusi dalam Artificial Intelligence Track, iaitu:
Majlis pelepasan delegasi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Mohamad Azrin Ramli yang turut menyampaikan kata-kata semangat dan sokongan kepada para peserta sebelum berangkat ke China.
Penyertaan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa antara institusi pendidikan TVET Malaysia dan China, selain meningkatkan keterlihatan PSIS di peringkat global.
Program ini turut dibantu dan diselaraskan oleh Unit CISEC, Unit e-Pembelajaran PSIS serta warga Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar.
Seluruh warga PSIS mendoakan agar delegasi yang membawa nama institusi dan negara ini diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kejayaan cemerlang sepanjang program dan pertandingan yang bakal disertai.
𝗧𝗛𝗘 𝗚𝗥𝗘𝗔𝗧 𝗣𝗦𝗜𝗦!!!
…………………………………………………………
Facebook | Instagram | Youtube | TikTok : Politeknik Sultan Idris Shah
X : @twtpsis