
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 (𝐖𝐒𝐌𝐁) 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sabak Bernam, 5 Jun 2026 – Majlis Flag Off ke Pertandingan Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Mohamad Azrin Ramli sebagai simbolik pelepasan serta tanda sokongan kepada wakil institusi yang bakal membawa cabaran PSIS di peringkat kebangsaan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Alif Afham Bin Hasaruddin diraikan sebagai wakil tunggal Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (PolyCC) bagi bidang Elektronik. Beliau akan menyertai Pertandingan Akhir WSMB 2026 yang berlangsung di CIAST dari 8 hingga 11 Jun 2026.
Sepanjang pertandingan, beliau akan mengharungi tiga modul utama iaitu Hardware Design, Embedded Programming System dan FFRMM.
Warga PSIS merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Muhammad Alif Afham Bin Hasaruddin serta mendoakan agar beliau dapat mempamerkan prestasi terbaik dan seterusnya mengharumkan nama PSIS serta PolyCC di pentas WorldSkills Malaysia Belia 2026.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis