𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈
Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid telah meluangkan masa melaksanakan sesi lawatan pemantauan ke Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PSIS bagi meninjau tahap kesiapsiagaan fasiliti serta kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Turut hadir sama dalam sesi pemantauan ini adalah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan.
Kehadiran barisan pengurusan tertinggi ini bertujuan untuk memastikan aspek sokongan akademik, infrastruktur, dan pengurusan pentadbiran di peringkat jabatan berjalan dengan lancar dan efisien.
Antara fokus utama lawatan adalah melihat keperluan penyelenggaraan ruang amali serta memastikan persekitaran pembelajaran pelajar sentiasa kondusif dan selamat.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis