
𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋: 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐗 𝐈𝐂𝐂𝐂𝐌 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐔𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍
Kuala Lumpur, 29 April 2026- Satu pertemuan penting bagi mengukuhkan kerjasama strategik antara Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat ICCCM.
Sesi yang padat namun sangat berimpak ini memfokuskan kepada pemerkasaan pendidikan global dan pembangunan kepimpinan pelajar.
Barisan Delegasi Peringkat Tertinggi pertemuan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan utama daripada kedua-dua belah pihak:
Delegasi PSIS: Diketuai oleh Yang Berusaha Pengarah, Puan Haslinda binti Abd Hamid. Turut serta adalah Ketua CISEC, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pegawai Pengantarabangsaan, Pegawai Kolaborasi, para pegawai PSIS, serta barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) .
Delegasi ICCCM diketuai oleh En. Benjamin Leong,Timbalan Pengarah Urusan ICCCM.
Intipati Perbincangan & Pencapaian
Walaupun dalam tempoh masa yang singkat, pelbagai agenda hebat telah dicapai:
Perkongsian Ilmu Antarabangsa: Sesi ini turut diserikan dengan webinar daripadaInstitut Teknologi Nasional (ITNY) Yogyakarta, Indonesia yang mengupas tajuk kritikal iaitu Organic Waste (Sisa Organik). Satu pendedahan ilmu yang sangat bermanfaat!
Pembangunan Kepimpinan Pelajar: Saudara Muhammad Zhafri Putra,YDP JPP PSIS, telah membentangkan kertas cadangan bagi potensi Program Kepimpinan Antarabangsa yang bakal melibatkan kolaborasi erat antara pelajar PSIS dan ICCCM.
Kerjasama Pendidikan Transnasional (TEP): Fokus utama turut terarah kepada perbincangan Transnational Education Partnership (TEP) sebagai persediaan rapi bagi menerima kunjungan delegasi daripada Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, China yang dijadualkan pada Julai nanti.
Kerjasama ini merupakan satu langkah proaktif PSIS dalam memastikan graduan dan pemimpin pelajar kita bukan sahaja cemerlang di peringkat tempatan, malah berdaya saing di pentas antarabangsa. Terima kasih ICCCM atas kesediaan untuk terus menyokong ekosistem TVET yang unggul! 

THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis