🌱 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐏𝐥𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐒𝐈𝐒 🌱
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus komited dalam menyokong kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan Kempen Bebas Plastik Sekali Guna di semua kafeteria kampus.
Poster kempen ini telah disampaikan secara rasmi oleh En. Mohamad Azrin Bin Ramli, Timbalan Pengarah (Akademik) PSIS bersama Jawatankuasa Green Campus sebagai tanda sokongan dan galakan kepada semua pengusaha kafeteria untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
♻️ Marilah kita bersama-sama:
✔️ Mengurangkan penggunaan plastik sekali guna
✔️ Mengamalkan penggunaan bekas mesra alam
✔️ Menggalakkan pengasingan dan kitar semula sisa
Usaha kecil ini mampu memberi impak besar kepada kelestarian bumi kita 🌍
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis