


𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝟐𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐓𝐄𝐋𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐂𝐔𝐍𝐆𝐊𝐈𝐋 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈
KUALA LUMPUR, 05 April 2026 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), melalui Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), dengan kerjasama Tourism Productivity Nexus (TPN), Malaysia Productivity Corporation (MPC), dan United Nations Development Programme (UNDP) serta Malaysian Tour Guides Council (MTGC), telah menganjurkan Digital Travel Storytelling Competition 2026 sebagai sebahagian daripada usaha menyokong pelaksanaan Visit Malaysia Year 2026 (VMY 2026), sekali gus memperkukuh inisiatif mempromosikan pelancongan negara melalui pendekatan penceritaan digital yang kreatif dan berimpak tinggi.
Pertandingan ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 2,000 penyertaan daripada pelajar pelbagai peringkat termasuk institusi pengajian tinggi (IPT), Politeknik, Kolej Komuniti serta sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dalam bidang penceritaan pelancongan digital bertemakan Sustainable Tourism, dengan tujuan memupuk kreativiti dan inovasi dalam penghasilan kandungan pelancongan digital, sekali gus menghasilkan karya-karya kreatif dan berimpak tinggi serta mewujudkan cap jari digital yang signifikan sebagai medium promosi pelancongan Malaysia.
Penganjuran dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan penjurian awal secara dalam talian untuk menilai kreativiti, keunikan idea, dan keberkesanan penyampaian kandungan para peserta, di samping peserta dikehendaki memuat naik video dan gambar di platform Tiktok sebagai medium promosi pelancongan Malaysia secara meluas. Daripada penilaian tersebut, seramai 120 finalis terbaik dipilih untuk mara ke peringkat akhir, dengan sesi pembentangan secara fizikal diadakan pada 4 April 2026 di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur, di hadapan panel juri untuk berkongsi kisah di sebalik penghasilan karya masing-masing.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia, tetapi juga membentuk generasi muda yang lebih inovatif dalam pemasaran pelancongan digital. Selari dengan konsep pelancongan lestari, program ini menggalakkan pendekatan yang lebih bertanggungjawab dalam mempromosikan destinasi, dengan menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar, pemuliharaan warisan budaya serta kesejahteraan komuniti setempat.
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) komited dalam memupuk bakat pelajar dalam bidang digital dan kreatif, sekaligus melengkapkan mereka dengan kemahiran penceritaan, komunikasi, dan media digital yang relevan dengan industri moden. Pertandingan ini bukan sekadar cabaran, tetapi juga pengalaman pembelajaran yang bermakna dalam penghasilan kandungan digital yang mampu mempromosikan Malaysia secara inovatif.
Kemuncak acara ialah Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung pada hari ini di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Encik Chua Choon, dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), Dr Shamsuri Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah, Malaysia Productivity Corporation, Dr. Mohamad Norjayadi bin Tamam, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid, Champion Tourism Productivity Nexus (TPN), En. Rohizam Md Yusoff, Head of Operation, United Nations Development Programme, Ms Mahalatchmy Paidathally, Pengarah-Pengarah POLYCC Zon Selangor dan WP Kuala Lumpur serta wakil-wakil daripada UNDP, MPC, MTGC.
Lapan kategori utama yang dipertandingkan ialah Foto Sekolah Rendah, Foto Sekolah Menengah, Foto IPT, Foto Politeknik & Kolej Komuniti, serta Video Sekolah Rendah, Video Sekolah Menengah, Video IPT dan Video Politeknik & Kolej Komuniti.
Seramai 24 pemenang telah menerima hadiah mengikut kategori masing-masing. Pemenang tempat ketiga menerima wang tunai hasil sumbangan Digital Travel Technology Association of Malaysia (DITTAM), Tumpuan Vacation Sdn Bhd dan Cat Travel Sdn Bhd, bersama plak pemenang, sijil pencapaian serta hadiah beg galas tajaan Hafiz Travel Sdn Bhd.
Pemenang tempat kedua pula akan menerima wang tunai daripada penaja yang sama, selain plak pemenang, sijil pencapaian serta hadiah bagasi tajaan Hafiz Travel Sdn Bhd.
Manakala pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai sumbangan DITTAM, Tumpuan Vacation Sdn Bhd dan Cat Travel Sdn Bhd, berserta plak pemenang, sijil pencapaian serta baucar penginapan selama dua hari satu malam di The Pearl Kuala Lumpur Hotel.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang, rakan kerjasama serta jawatankuasa atas komitmen dan usaha gigih dalam menjayakan program ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis