𝐄-π’ππŽπ‘π“ π‚π€πŒππ”π’ 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 π“πŽπ”π‘ππ€πŒπ„ππ“ πŸπŸŽπŸπŸ”
SABAK BERNAM, 2 Mac 2026 – Program E-Sport Campus Grand Tournament telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Februari hingga 1 Mac 2026 di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Program ini merupakan anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK).
Penganjuran pertandingan ini merupakan inisiatif pengumpulan dana CSR bagi menyokong pelaksanaan Program Pengantarabangsaan Ekspedisi Serantau 2026 β€œMangakar Tradisi, Menjunjung Budaya” di bawah kursus DTM40384 Tourism Expedition dan diselia oleh pensyarah, Puan Nur Shahirah Mat Sharf.
Pertandingan ini turut bertujuan mengenal pasti serta mencungkil bakat pelajar dalam arena sukan elektronik, khususnya bagi permainan PUBG: Battlegrounds dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Pasukan yang menjuarai pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili PSIS ke peringkat seterusnya.
Sebanyak 93 orang pelajar PSIS telah menyertai pertandingan ini, melibatkan 16 pasukan bagi kategori MLBB dan 15 pasukan bagi kategori PUBG. Pertandingan yang menampilkan aksi kompetitif dan strategi berpasukan ini berjaya menghimpunkan para pelajar berbakat dalam suasana persaingan sihat serta penuh semangat kesukanan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Zahid bin Bel Mastal selaku Pegawai Sukan, Politeknik Sultan Idris Shah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan jawatankuasa pelajar semester 4, Diploma Pengurusan Pelancongan , urus setia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada setiap peserta yang telah mempamerkan komitmen serta semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis