
ππππππ πππππππ πππππ πππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππππππ
PUTRAJAYA, 28 Februari 2026 - Seramai 28 orang pelajar terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bersama pegawai serta Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Majlis tersebut turut dihadiri warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekali gus menghimpunkan kepimpinan dan warga pendidikan dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Seusai solat Maghrib, YAB Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra bersama para pelajar dan hadirin serta menjawab beberapa persoalan yang diajukan dalam suasana santai. Peluang ini memberi ruang kepada pelajar khususnya pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang hadir untuk mendengar pandangan dan nasihat secara langsung daripada kepimpinan negara.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis