𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕
Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sesi 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seri Tanjung, PSIS. Watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
Seramai 34 orang pelajar telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2026/2027. Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam, Saudara Muhammad Zhafri Putra bin Zulkafli telah diberi kepercayaan untuk menggalas amanah sebagai Yang Dipertua JPP PSIS bagi sesi ini.
Dalam majlis yang sama, saudara Zhafri turut mengetuai bacaan ikrar serta menandatangani akujanji di hadapan barisan Pengurusan PSIS sebagai simbol komitmen dan tanggungjawab yang dipikul. Majlis diakhiri dengan slot sembang santai JPP bersama Pengurusan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan JPP PSIS yang baharu. Semoga kepimpinan ini dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan dedikasi dalam memacu kecemerlangan PSIS.
Ucapan penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada seluruh mantan JPP PSIS atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Mohamad Azrin Ramli serta Ketua-Ketua Jabatan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis